PAUTAN KE PORTAL EMIS ONLINE SILA KLIK PADA GAMBAR DI ATAS
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGETUA/GURU BESAR DAN GURU DATA SEKOLAH SEKOLAH DAERAH PADANG TERAP.SILA BUAT CAPAIAN KE PORTAL EMIS ONLINE MELALUI PAUTAN YANG DI BERI KERANA TERDAPAT PERUBAHAN PADA ALAMAT LAMAN PORTAL TERSEBUT,SILA ABAIKAN ALAMAT UNTUK CAPAIAN KE PORTAL EMIS ONLINE SEBELUM INI.SEMUA GURU DATA BOLEH MELAYARI PORTAL EMIS ONLINE MULAI JAM 8.00 PAGI INI.SEBARANG KESULITAN ADALAH AMAT DIKESALI.SILA MEMBUAT SEMAKAN DALAM PORTAL INI DARI MASA KE SEMASA UNTUK MELIHAT MAKLUMAN TERKINI
Pemimpin dan warga pendidik diminta menetapkan satu penanda aras bagi menilai prestasi pendidikan
Pemimpin dan warga pendidik diminta menetapkan satu penanda aras bagi menilai prestasi pendidikan negara selaras dengan perubahan drastik yang berlaku dalam ekonomi dan pembangunan teknologi rantau ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penekanan khas itu harus diberikan untuk mencari jalan memperbaiki aspek inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikan.
Menurut beliau, ia sejajar dengan objektif negara untuk menyedia dan membangunkan modal insan yang kompetitif melalui sistem pendidikan.
''Melalui satu penanda aras, ia dapat membantu kerajaan dan pembuat polisi untuk membimbing sistem pendidikan kita mengikut acuan yang betul ke arah kecemerlangan dan kejayaan," katanya yang juga Menteri Pelajaran.
Beliau berucap pada majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia ke-48 serta Persidangan dan Forum Pengetua Asia Tenggara kali kedua di Batu Feringghi di sini malam ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman; serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kementerian Pelajaran, Datuk Noorezan Bapoo Hashim.
Muhyiddin juga mengajak warga pendidik supaya bersama-sama membulatkan tekad dan memperteguhkan muafakat untuk mendidik anak bangsa supaya memahami serta menghayati asas perpaduan negara selaras dengan cita-cita 1Malaysia.
Katanya, pengetua dan guru sebagai pemimpin di sekolah wajar mengambil inisiatif mempergiatkan usaha menyemai serta menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar.
Justeru menurut beliau, program-program kenegaraan seperti Hari Kebangsaan perlu diberikan nafas baru untuk membangkitkan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar.
Di samping itu, Muhyiddin berkata, kegiatan kurikulum dan kokurikulum perlu dirancang secara teliti untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan yang mendalam tentang sejarah kemerdekaan dan asas pembinaan negara.
"Ini akan memastikan pelajar dapat menghargai asas-asas perpaduan kaum yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu," katanya.
Beliau juga berharap persidangan berkenaan bukan saja membincangkan kaedah terbaik bagi memupuk semangat perpaduan, malah menyediakan satu mekanisme khusus untuk meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan sekolah.
Katanya, perancangan yang teliti perlu dilakukan oleh kepimpinan sekolah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan membolehkan guru memacu kecemerlangan pendidikan negara ke tahap lebih tinggi.
Muhyiddin berkata, kerajaan amat prihatin dan menghargai jasa kepimpinan sekolah terutama pengetua yang terbukti menerusi langkah mewujudkan jawatan Pengetua Cemerlang dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan Malaysia.
''Sehingga kini, seramai 548 daripada 2,213 pengetua iaitu 25 peratus daripada jumlah keseluruhan pengetua di negara ini, sudah dilantik ke jawatan pengetua cemerlang.
''Daripada jumlah ini, seramai lapan pengetua dilantik Gred JUSA C, 180 orang dalam Gred DG54 dan 360 orang Gred DG52. Selain itu, saya juga sudah mengumumkan pertambahan kuota guru cemerlang bagi guru siswazah dan bukan siswazah sebagai dorongan untuk mereka," katanya.
Posted by rizalptp on Thursday 25 June 2009 - 09:03:52
You must be logged in to post comments on this site - please either log in or if you are not registered click here to signup
PJQAF 30 Jun : 10:55 Tahniah kepada semua SK dan SJKC yg berjaya menyiapkan Data Pelaporan e-SEKOLAH j-QAF dan Jawi pada 22 Jun lau
KBA7005 29 Jun : 18:03 Kami mengalami masalah portal dan telefon. Cable telefon kena curi dah masuk hari ke-6 dan sehingga ke hari ini masih belum selesai. TQ
KBA7018 27 Jun : 08:47 to KEA7020 QSL. cuma kita risau la lulus or tak..soalan teknikal mencabar sikit kali ni..73
KEA7020 25 Jun : 08:04 Welcome to the band, boleh cari callsign yang sesuai dah la nie. Layari dari laman MCMC untuk memilih. 73
KBA7018 24 Jun : 21:28 Tahniah kepada rakan guru SWAL yang telah menghadiri Exam Rae di USM Nibong Tebal pada hari ni. Mudah2an kita semua akan lulus dalam peperiksaan tersebut.